Tuesday, February 2, 2010

ASKEPO itu apa?

Produk Lambakan Keluaran Universiti Made in Malaysia Boleh!





ASKEPO merupakan satu singkatan kepada ANTI SKEMA & POYO. Kenapa aku anti-skema & anti poyo?

Skema & poyo merupakan satu falsafah hidup orang-orang bodoh dan lembab.

Skema adalah satu sifat yang suka terikut-ikut perbuatan orang lain tanpa mempersoalkan kewajaran tindakan tersebut dengan berfikir.

Poyo adalah sikap pura-pura/suka berlakon atau 'buat-buat'.

Contoh skema: Orang lain masuk universiti kita pun masuk universiti. Tapi tak sedar yang sekarang ni tak ada peluang kerja. Yuran sampai beribu-ribu ringgit. Duit nak makan tak cukup. Pakaian tak bersalin. Beli buku. Study. Hafal. Test, quiz, assignment dan last sekali final exam. Selepas beberapa tahun bertungkus-lumus dengan pelajaran di universiti, jadi siswazah mengangur.

Kerja tak ada. Nak bayar hutang PTPTN/MARA. Kerja part-time berapa sen je dapat. Mana cukup nak bayar hutang pinjaman. Bila kerajaan buat program cari kerja, dapat tawaran kerja bidang yang tak setanding dengan kelayakan akademi. Ada ijazah tapi dapat gaji 'standard' minta kerja guna SPM.

Pernah tak kita terfikir adakah masuk universiti dapat menjamin semua orang mendapat kehidupan yang lebih bahagia. Kalau tak percaya sila buat 'google' isu siswazah menganggur ataupun perhatikan abang/kakak di sekeliling yang dah jadi siswazah. Berbaloikah apa yang mereka dapat sekarang dengan segala pengorbanan dan susah payah yang mereka tempuh semasa di belajar di universiti?

Contoh poyo: Seorang lelaki yang sentiasa berpakaian kemas dan segak di luar. Dari hujung rambut, baju, seluar, tali pinggang, jam tangan, seluar dan kasut semuanya nampak bergaya. Tetapi di rumah sendiri merupakan seorang yang pengotor dan malas. Bilik air kotor dan berbau. Katil dan bantal berbau busuk dan hapak. Lantai tak sapu. Rumah bersepah tak kemas.

Di luar bergaya hanya nak pikat awek. Tapi kemachoan sendiri tidak mencerminkan sikap peribadi. Orang poyo suka berlakon untuk menunjuk-nunjuk. Banyak contoh lain-lain boleh difikirkan.

Skema & poyo hanya ada pada orang bodoh & lembab. Skema & poyo tak menjana pemikiran kreatif. Skema & poyo adalah lawan kepada 'Cool'.